GUNUNG YONG YAP



         Hi assalamualaikum :) harini saya nak cerita pasal Gunung Yong Yap . Okay gais , Gunung Yong Yap terletak di sempadan negeri Perak dan mempunyai ketinggian setinggi 2167 meter bersamaan 7110 kaki dari aras laut . Gunung Yong Yap ni termasuk dalam kategori G7 termasuk dengan Gunung Tahan dan Gunung Yong Belar di Pahang , Gunung Korbu , Gunung Gayong , Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat di Perak . Walaupun gunung ini dikatakan mencabar , namun itulah kepuasan yang dikejar oleh para pendaki . Bagi pendaki pendaki yang aktif , mereka akan berusaha tawan kesemua gunung G7 nii .. 


      
           Gunung ni mempunyai tarikan tersendiri terutamanya pada pemandangan di puncak, laluan yang cantik , dan jalan masuk yang melalui perkampungan orang asli . Ada dua laluan masuk ke gunung iaitu A- dari Kampung Kuala Mu di Sungai Siput , Perak dan B- dari Pos Brooke Sungai Rengil , Cameron Highland , Pahang . Laluan masuk bagi kedua duanya memerlukan kenderaan pacuan 4 roda terutamanya bagi laluan A yang mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam melalui jalan yang tak berturap dan berlumpur . Musim paling sesuai untuk mndaki ialah musim bunga kerana pada waktu itu terdapat pelbagai jenis bunga yang akan mekar serentak . Tapi kita kena berhati hati sebab banyak serangga yang ada pada musim itu contohnya lebah . 







            Okay sejujurnya Gunung Yong Yap memang menguji ketahan fizikal dan mental . Perjalanan yang mengambil masa selama dua hari memang memenatkan . Pengalaman yang dikutip ketika mendaki banyak menggajar kami mengenai sikap ego , kepercayaan , semangat berpasukan , ketahanan dan keupayaan diri sendiri . Kumpulan yang seramai 30 orang mestilah ada perangai masing masing dan keupayaan yang berbeza . Tetapi jika semangat berpasukan dan sikap tidak mementingkan diri sendiri ada dalam setiap diri individu , pastinya perjalanan ke puncak akan berjalan lancar . Sikap sebenar dalam individu itu akan terlihat jelas ketika mendaki dan disebabkan semangat berpasukan perlu ada hee 👅

       




     
                  Hari pertama kami hanya mendaki sampai ke perkampungan orang asli . Fuhh ! leganyaa . Setelah sampai , kami berehat , mandi dan bersedia menunaikan solat secara berjemaah . Ni la orang cakap 'mukadimah'  sebelum berhadapan dengan azab mendaki ke trek yang lebih mencabar . Kami masak maggi untuk isi perut sebelum meneruskan perjalanan .. Lepas beberapa jam layan trek balak dengan beg tinggi komtar sorang sorang , excited semua orang lalu dalam sungai sampai kembang seluar hahaha ... lepas pasang khemah , kami semua excited nak terjun sungai ... Malam tu ada yang tidur ada yang sembang sembang depan campfire cerita pengalaman masing masing 




            Pagi tuu semua kalut nak sampai awal hahaha kami kelam kabut kemas barang nak sampai cepat cepat . Akhirnya , semua sampai dengan selamat . View atas puncak memang lawaaa sangat . Kepada anda diluar sana memang berbaloi kalau tawan puncak Gunung Yong Yap ! 

Comments