GUNUNG BINTANG

           GUNUNG  BINTANG ? kat mana tuu ? takpernah tau pun ? Bintang bintang di langit menghiasi angkasa ... hehehe , dakdak . Gunung Bintang ni ialah gunung yang tertinggi kat Kedah . Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak . Tinggi Gunung Bintang ialah 1862meter dari aras laut dan merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand . Namun , Gunung Bintang terletak dalam sempadan negeri Kedah dan Dyana difahamkan ini gunung yang tertinggi dalam negeri Kedah . So , trip kalini dyana join ada satu group hiking ni boleh join sebab ada sorang ni dyana kenal masa hiking Gunung Ledang . Misi trip kalini depa nak tengok bintang bintang yang berkelipan atas Gunung Bintang hahahaha .. 




                  Disebabkan trip ni kat Kedah ja so dyana dengan sepupu dyana pegi sendiri naik kereta . Trip ni mengambil masa 2 hari 2 malam dan starting point bermula dari Lata Sedim , Kedah . Jangkaan masa untuk sampai ke puncak lebih kurang 12 jam bergantung kepada stamina pendaki dan jarak pendakian sejauh 14 umtuk sampai ke puncak . Sebelum sampai ke puncak , terdapat beberapa check point yang perlu kita sampai . CP pertama akan menjumpai kawasan air terjun , CP kedua kawasan permatang dan CP ketiga iaitu CP terakhir di kem bunian dimana di sini terletaknya last water point sebelum terus ke puncak .


                Dari starting point Lata Sedim boleh berjalan kaki menuju ke kaki rimba yang bersimen , kami memulakan perjalanan pada pukul 9.30 pagi . Perjalanan menuju ke checkpoint pertama mengambil masa 2 jam dan melalui trek hutan dan kawasan berbuluh . Cabaran utama disini ialah kami terpaksa mengelak daripada rumpun rumpun buluh yang tumbang dan merangkak untuk melaluinya . Sepanjang perjalanan ke checkpoint pertama , kami jumpa 2 anak sungai dan dinyatakan bahawa kawasan ini ialah kawasan harimau mencari makanan . Sambil mendaki , guider tu cerita kat sini memang kena naik secara berkumpulan dan diiringi guider . Yang bestnya , guider ni memang peramah . Kami panggil dia abang Jo. 


               Kami sampai kat Lata Riau pada pukul 12 tengahari . Kat sini ada satu pondok yang masih dalam keadaan baik dan terjaga . Kami berhenti untuk berehat dan makan pack lunch nyumnyumm.. Bayaran kalini hanya 70 ringgit termasuk guider , permit dan pack lunch . Perjalanan seterusnya untuk menuju ke CP3 iaitu ke kem bunian dimana kami bermalam disitu dan meneruskan perjalanan ke puncak pada keesokan hari untuk melihat matahari terbit . Boleh dikatakan trek dari CP pertama hingga CP ketiga memang trek yang tak bagi muka langsung , mencanak teruk ! Orang cakap memang layan lah trek ni nak jumpa permatang yang mendatar pun susah memang menguji fizikal dan mental


                  Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami takdak yang tercedera . Pendakian dari CP1 ke CP3 tempoh masa dianggarkan selama 3 jam dimana cabaran pendakian sebenar bermula . Sepanjang perjalanan terdapat banyak flora dan fauna yang kami jumpa . Sangat unik dan menarik . Yang best hiking kat Gunung Bintang ni ialah walaupun trek mencanak dari atas sampai bawah tapi kita takkan jumpa puncak tipu yang selalu bagi fake hope macam Bukit Berekeh :( Slow slow ja kami layan trek untuk sampai ke puncak .


               Sepanjang perjalanan menuju ke kem bunian sambil melayan perasaan , banyak jugak benda yang terlintas kat fikiran ni takut takut ada harimau bintang depan mata ka ular ja tiba tiba atas kepala arghhh harap dijauhkan . Dyana ni memang spesies overthinking sikit . Akhirnya lebih kurang jam 5.30 petang kami sampai ke tapak kem bunian . Kat sini banyak bekas bekas najis harimau sebab tapak ni merupakan antara laluan harimau . Malam tu kami bermalam kat sini dulu sebab awal pagi esoknya kami nak ke puncak kejar awan gulung hehehe .. yang lawaknya dyana dengan sepupu dyana memang taktidur langsung takut kalau tiba tiba harimau mai sua muka ha mampus kami sepanjang malam tu berzikir saja hahaha.. 

    
               

 Tadaaa ! ni la puncak Gunung Bintang ! gambar ni dah di edit . 

               Pagi tu pukul 4.30 kami bteruskan perjalanan ke puncak gunung . Kawasan kem bunian ni agak luas dan boleh muat bantyak group untuk bermalam kat sini . Ada group yang dah naik puncak .. Pagi tu hujan sikit so kabus takyah kata la best gila . Nasib baik semua bawak sweater yang tebal walaupun menggigil jugak badan . 




Kawasan sungai yang berlumut memang cantik dengan hijau hijau nya dan air kat sini memang bersih :)


                   Lebih kurang jam 6.30 pagi kami sampai ke pucak . Layan ja susana atas puncak yang tenang dan damai .. Pukul 7 pagi kami disajikan dengan matahari terbit yang memang cantik . Subhanallah .. Tambahan sebelum tu hujan sikit so kabus kabus tu fuhh boleh feeling movie Titanic ❤ Ni la ganjaran terbaik bagi pendaki pendaki gunung selepas berhempas pulas meredah onak duri sepanjang perjalanan ☺



               Lebih kurang 1 jam ada atas puncak , kami pun berpatah balik ke kem bunian . Gambar yang di ambil atas puncak memang nampak mistik gila dengan kabus kabus atas tu hahhaah . Lepas siap packing barang , kami turun ke starting point iaitu Lata Sedim. Secara keseluruhannya trip ni la paling best antara semua trip ! Alhamdulillah kami berjaya mengatasi rasa patah semangat dan takut dalam diri demi nak tawan puncak Bukit Bintang ... masih segar dalam ingatan kata kata salah sorang guider ni "|asal namanya gunung , kita layankan aja , tak larat kita rehat , tak laju kita jalan tapi jangan sesekali patah semangat|" its really work for my spirit ❤


Comments

Post a Comment