BUKIT KLEDANG , IPOH

        

            Hi , harini dyana nak share pasal Bukit Kledang , Ipoh . Actually bukit ni biasa biasa ja even orang awam pun selalu naik jadikan tempat nak beriadah . So tempat ni memang ramai . Selalunya pukul 7.30 pagi memang dah ramai kat atas puncak .  Bukit Kledang ni bukit banjaran yang terbesar kat Perak . Bukit ni juga digunakan sebagai lokasi pemancar bagi semua rangkaian radio dan tv kat Ipoh . Mempunyai ketinggian 800 meter dan trek yang sederhana sesuai untuk pendaki baru yang nak mencuba . Bukit Kledang ada tiga laluan . Laluan tar , laluan tangga dan laluan hutan . Kalau laluan trek memang depa sediakan banyak kemudahan seperti tandas awam , tempat berehat dan lain lain .


Dyana pegi dengan sepupu sepupu semuanya 5 orang . Kami pilih untuk guna jalan hutan sebab nak udara yang segar acehh hahaha . Oh lupa nak bagitau kat sini ada 4 jenis trail yang dipanggil 4-2 ( 1 jam perjalanan ) , 4-3 ( 1 jam 30 minit perjalanan ) , dan RTM ( 4 jam perjalanan ) . yang membezakan trail ni ialah jarak . So kami pilih 4-3 sahaja . Trek hutan pun biasa biasa ja cuma curam sikit sikit sakit kaki tu biasa la kan :)  


So sepanjang perjalanan kami memang enjoy gila yang takpernah hiking pun takdak masalah nak hiking Bukit Kledang . Dengan suasana yang meriah ramai orang hiking kami memang seronok gila . Kalau rumah dekat ja dengan bukit tu memang selalu la naik . Okay Bukit Kledang ni boleh digambarkan macam Ceruk Tokkun la cuma hat ni mencabar sikit sebab jarak yang panjang . 




Ni view nak naik puncak Bukit Kledang . Tenang ja kan nampak hijau hijau kat sini . Tapi nak naik kena pagi kalau tak habisla hitam muka hahaha . Lepas sampai puncak macam biasa semua pakat ambik gambar la apa la . So kami turun dalam pukul 10.15 . 


Kesimpulannya , dyana memang suggest bukit ni untuk nak buat family day ka apa memang best ! ☺

Comments