Hi , Assalamualaikum harini dyana nak share pasal Gunung Keriang .Dyana takpernah pegi pun tapi banyak sangat isu dan mitos pasal gunung ni so dyana berminat nak share dengan semua orang :) Gunung Keriang merupakan satu peninggalan pra sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya . Suasananya dikelilingi sawah padi di Kampung Gunung Hulu iaitu lebih kurang 8 kilometer dari pusat bandar Alor Setar , ibu negeri Kedah . Walaupun ketinggian Gunung Keriang hanya 217.92 dari paras laut , ianya tetap digelar sebagai gunung . Gunung Keriang juga dikenali sebagai Mount Caves atau Bukit Gajah dikalangan masyarakat Cina .
Menurut mitos , Gunung Keriang berasal daripada sebuah kapal yang membawa Pengantin Diraja iaitu seoraang puteri yang telah disumpah dan sang Gedembai menjadi batu disebabkan puteri tersebut taknak berkahwin dengannya . Bukti yang depa jumpa menyatakan gunung ni berasal daripada kapal ialah tali panjang sebesar lengan yang dipercayai ianya tali kapal . Tali ni bersambung dengan sauh yang terkena sumpahan Sang Gedembai jugak .
T
Gunung Keriang jugak ada gua yang dikatakan ada peninggalan serpihan serpihan pinggan yang banyak kepunyaan tuan puteri . Ada jugak batu yang berbentuk serombong kapal yang berlubang kat tengah . Ada jugak batu yang berbentuk manusia yang berpakaian seperti pengantin cina bersanggul lintang . Batu tuu orang cakap puteri yang terkena sumpahan . Tapi yang peliknya sapa Sang Gedambai tuu ???
Sebenarnya Sang Gedembai atau Sang Kelembai ini merupakan makhluk mistik yang disifatkan memiliki tubuh yang tinggi dan besar dan menghuni beberapa hutan tertentu kat Malaysia . Makhluk ni ada kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu . Sampai sekarang mitos pasal Sang Gedembai ni ada kat beberapa buah negeri contohnya Perak , Kedah dan Pahang . Takdak sapa tau kisah hidup Sang Gedembai atau kemungkinan ia hanya satu mitos .
Ada juga yang kata gunung ni berasal dari sebuah pulau yang ada banyak pokok keriang sebab tu la nama dia Gunung Keriang . Ada jugak tanda tanda gunung ni dari sebuah pulau . Penemuan kulit kulit kerang dan kepah tu bukti gunung ni hasil daripada sebuah pulau . Walau apa pun mitos yang diperkatakan mesti la gunung ni ada daya tarikannya yang tersendiri kan yang membuatkan para pendaki nak tawan puncak gunung ni . InshaaAllah ada rezeki , dyana pun nak try on track kat Gunung Keriang ni hehe ..
|
Comments
Post a Comment