Hi ,assalamualaikum . Pernah tak dengar Gunung Liang ? hehe nak tahu tak pasal Gunung Liang ? kalau nak meh baca post dyana harini ... Gunung Liang ni terletak di Tanjung Malim , Perak . Gunung Liang mempunyai ketinggian setinggi 1934 meter . Gunung Liang Timur merupakan salah satu dari puncak berkembar dengan Gunung Liang Barat 6342 kaki dari paras laut . Kedua dua puncak gunung ni dekat dan berkongsi kaki bukit .
Kali ni dyana hiking Gunung Liang ikut trip kolej sepupu Dyana , Amirah . Dyana boleh join sebab pihak kolej buat open trip so pelajar dari U lain pun ada hehe . Trip hiking kalini mengambil masa 2 hari 2 malam . Kesemua peserta dianggarkan 70 orang . Dyana pegi berkumpul dekat Universiti Sultan Azlan Shah dari Pulau Pinang dengan sepupu dyana . Kami naik bas and dari stesen bas kawan dia mai ambik kami . Lepas berehat , solat , kami bersiap siap berkumpul kat cafe kampus . Lebih kurang pukul 12 malam kami bertolak ke Tanjung Malim untuk mendaki Gunung Liang .
Pada jam 5 pagi kami sampai di tempat pendakian , disebabkan kenderaan besar seperti basti tidak boleh masuk ke kawasan kaki gunung , maka kami pun kena naik lori untuk ke kaki gunung . Sebelum kami menaiki lori nak pegi kaki bukit , kami menunaikan solat subuh secara berjemaah dahulu :) Kita sebagai umat Islam kena ingat solat itu tiang agama tak kira la kat mana pun kita apa pun kita buat , solat jangan tinggal okey ❤
Selepas solat , kami bersarapan dan membahagi barang untuk dibawa ke tempat kem untuk dimasak . Kami dijaga baik oleh leader kami , Faiz iaitu salah seorang pelajar USAS jugak dan guider Gunung Liang .. memang sporting habis depa ni ! Walaupun kat situ dyana ja paling muda tapi depa memang buat macam kawan kawan ja ✌ Kami bersiap sedia kat kaki gunung pada pukul 7 pagi , melakukan aktiviti senaman ringan sebelum memulakan perjalanan mendaki supaya tidak berlaku sebarang kecederaan atau kekejangan semasa melakukan aktiviti pendakian . Selepas baca doa , kami pun start hiking .
Pendakian untuk sampai ke puncak bukan suatu yang mudah , susah nak jumpa jalan yang elok walaupun banyak jalan yang mendatar tapi banyak halangan yang perlu ditempuh contohnya ada satu tempat ni kami kena panjat pokok besar yang tumbang , ada yang kena redah sungai yang mempunyai air yang laju , dan jalan yang ada banyak pokok yang berduri . Memang mencabar betul sepanjang perjalanan nak naik gunung tuu ..
Kami berhenti kat perhentian pertama , berehat di lubuk hantu . Kami singgah makan dan solat zohor sebelium meneruskan perjalanan . Part ni memang dyana buat letih teruk teruk la sebab taknak join memasak hahahah nak makan ja . So abang abang and kakak kakak yang mana still larat tu la masak makanan yang kami bawak . Penat punya pasal makanan biasa pun jadi luar biasa .. Selesainya solat dan makan , kami teruskan perjalanan nak sampai ke 7e .
Kami berjalan secara berkumpulan supaya tidak terlalu sesak dan setiap kumpulan diiringi seorang guider . Perjalanan sepanjang mendaki memang fun gila sebab guider kami sangat sporting siap bukak lagu lagi memang rancak habis hiking sambil karok . Penat pun takla terasa sangat . Sambil sambil tu guider tu cerita la pengalaman dia sepanjang jadi guider kat gunung liang . Dia ada jugak bagi tips nak mendaki gunung .. Yang penting memang enjoy sepanjang perjalanan tuu .
Kami sampai kat 7e pada pukul 8 malam then terus pasang khemah berlantaikan bumi hehehe . Tiba-tiba..... hujan wehhh ! lebat Ya Allah . memang sejuk sangat sangat dahla atas gunung malam malam tambah hujan pulak memang terketaq ketaq la semua orang tambah pulak dyana memang jenis taktahan sejuk . Time tu rasa lemak lemak kecut habis ! Disebabkan sejuk sangat , masing masing memang tidur taklena . Lepas makan malam , solat jama' , terus rehat .
Pukul 3 pagi kami teruskan perjalanan untuk sampai ke puncak . bag yang berat berat kami tinggal kat tapak kem . Tapi ada beberapa orang antara kami tak teruskan perjalanan sebab kesihatan yang takmengizinkan . Perjalanan kali ni memang taktipu sumpah mencabar gila ! MENTAL MEMANG KOYAK ! Ikut hati memang takmau teruskan dah tapi disebabkan semua semangat nak naik nak tengok awan gulung . mestila dyana pun nak . Sampai waktu subuh kami berhenti sat solat .
Alhamdulillah berkat semangat semua orang , 6.40 pagi kami sampai ke puncak gunung . Rasa lega nya Allah ja tau . Dyana menangis wehunu sampai atas puncak tak sangka dapat jugak sampai ke puncak . Pemandanga atas puncak cantik gila rasa nak ja buat rumah atas ni hahaha .. hm dah sampai atas ni apalagi , pakat selfie laa . gambar masa pegi Gunung Liang dah hilang so takboleh la nak sharee .. sedih gilaa dah la nak ada gambar atas tu susah haritu fon buat pasai habis hilang semua gambar .. Kami masak and sarapan atas puncak .
Pukul 9 pagi kami bersepakat nak turun ke tapak kem . Sampai ja kat tapak 7e kami kemas kemas barang ... Perjalanan nak ke lubuk hantu time ni memang ambik masa yang lama sebab dua daripada kami 6 orang injured . so kami kena papah depa untuk sampai ke lubuk hantu .. pada jam 9 malam baru kami sampai ke lubuk hantu . Separuh dari ahli kembara dah sampai ke kaki gunung . Cuma kami 6 orang dan guider sorang ja yang masih kat lubuk hantu . Guider tu suruh rehat dulu and dia jamu makan disebabkan lapar time tu takdak rasa malu dah memang ambik terus selepas dipelawa hahaha ..
Part ni bagi dyana memang gila gila bayangkan tengah malam dengan sejuknya , kami kena redah sungai yang mengalir dengan deras ya Allah sejuk gila ! Kami kena pegang tali yang telah disediakan dengan kuat sebab air sungai memang deras .. menggigil sejuk semua orang .. pada pukul 10.30 lepas solat kami pun teruskan perjalanan untuk keluar dari perut Gunung Liang .. ada antara kami yang perlu didukung .. Time ni memang kami kena kuat suoaya semuanya mudah .. Dyana kena angkat beg kakak yang injured tu dan yang lain tolong dukung dan papah depa .
2 PAGI ! and yesss kami sampai ke kaki gunung !!! yeayyyy .. pukul 3 pagi kami naik lori keluar ke tempat asal kami berkumpul sebelum naik . Alhamdulillah selepas solat subuh kami bergerak balik ke kampus . Walaupun ramai antara kami yang sakit , tapi banyak pengalaman dan pengajaran yang kami dapat dan keperitan sepanjang perjalanan taksesekali mematahkan semangat kami untuk menjadi manusia yang cintakan alam .
Pengajaran kali ni ialah , sesuatu kejayaan tidak mustahil dapat dicapai andai sifat bantu membantu dalam kumpulan mampu dipupuk . Jadi , jangan pentingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan . Jadilah manusia yang bertimbang rasa dan sayang antara satu sama lain ❤

Comments
Post a Comment