GUNUNG KENDERONG

           

                 Woww ! cantiknya ! gunung apani ? ni laa Gunung Kenderong . Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai yang dikenali sebagai the twin peaks of Perak antara dua puncak gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik , Perak . Gunung Kenderong mempunyai ketinggian 1223meter dari paras laut . Gunung Kenderong antara gunung yang tertinggin di Grik . Gunung Kenderong boleh disifatkan treknya dagu bertemu lutut paras dan treknya mencabar dari atas sampai bawah . 

             Kalini dyana masih join trip yang sama dengan geng masa pergi Gunung Irau . Sesiapa yang berminat nak join group hikers ni boleh berhubung dengan Cerro ( 013-9071671)  . Ada 8 orang dari area Penang akan turun Perak . So , kami ambil keputusan untuk sewa kereta . 


              Kami berkumpul dan diberi sedikit taklimat sebelum mendaki . Setelah itu kami membahagi barang untuk dibawa ke puncak gunung . Pada jam 5.30 pm kami menaiki lori ke Kampung Pahat Dalam menuju ke waterpoint 1 untuk bercamping sebelum memulakan pendakian pada keesokkan harinya . 



                  Sepanjang perjalanan ke Kampung Pahat Dalam , kami melalui kawasan kebun getah dan meredah trek yang dihalang oleh buluh buluh besar yang banyak di sepanjang jalan . Anggaran perjalanan kami ke sana lebih kurang 1 jam 10 minit . Kami terpaksa berjalan jauh sebab lori takmampu nak hantar ke kawasan waterpoint disebabkan permukaan off-road yang berlubang dan banyak ranting ranting duri . Boleh kurus kalau macam ni hahaha dengan barang yang berat . Tapi okeyla boleh practice nak mendaki esok 👯


                Kami sampai ke tapak kem dah nak dekat maghrib , semua kalut pasang khemah dan pasang alat memasak sebelum gelap . Malam tu kami ada aktiviti santai , sembang sembang dan kongsi pengalaman masing masing . Terasa kerdil ja bila dapat tau semua set set hiker yang padu dan banyak pengalaman . Best gila suasana malam tu dengan campfire , maggi ( makanan wajib bila naik gunung ) , dan karaoke heheheh. Keesokkan harinya kami meneruskan perjalanan mendaki Gunung Kenderong .Trek  Gunung kenderong ni tak kukuh dan banyak batu batu rapuh terutama dibahagian atas kerana pernah terbakar sebanyak dua kali. 

                Sepanjang perjalanan memang panas gila . Gunung ni tak macam gunung lain sebab kat sini takbanyak pokok pokok besar so pastikan kalau hampa nakpi, bawa bekalan air mineral secukupnya . Kalau tak , air sungai la jawabnya .. 



                  Kalini kami dah nak sampai ke Checkpoint Balak  dimana trek ni agak berbahaya dan tinggi sebab takdak kayu atau akar yang betul betul stabil atau kukuh untuk berpaut . Nak tahan kaki pun takut . Sepanjang perjalanan tu dyana tahan dengan kaki and tangan sebab takut kalau boleh nak merangkak ja hahahhaha.. Kebanyakkan tali yang disediakan pun dah lama so sebelum kami nak guna tu kami dinasihatkan tarik dulu tali tu untuk pastikan ia betul betul selamat untuk digunakan . Selain itu kami kena berhati hati takut batu jatuh atas kepala masa orang depan mendaki yalaaa permukaan trek pun tak kukuh , banyak kemungkinan yang boleh jadi . Orang panggil tu " BATU TERBANG ' . Batu terbang antara yang mencabar kesabaran selain daripada cuaca panas dengan beban yang dibawa silap haribulan memang takbercakap la semua orang and tahan sabar sebab benda benda ni boleh menyebabkan kecederaan . Ada antara kami gelarkan trek ni " trek taubat '" sebab lepasni memang takmau repeat dah Gunung Kenderong 😂 So sesiapa yang melalui trek ni memang kena fokus dan berhati hati tambahan pulak kiri kanan memang ada gaung ja . 



                Keadaan disini yang takstabil dan banyak batu kapur yang kecil so sepanjang jalan tu dengar orang jerit ja sebab dok elak halangan hahahahah rasa lawak gila part ni . Lagi okey kalau hampa bawak tali extra untuk mudahkan aktiviti pendakian di Gunung Kenderong . Ada satu kawasan ni macam lapang sikit kami berhenti sat sebab dok nampak semua pakat pancit dah . So leklek dulu minum air . Dari sini kami boleh nampak view Pekan Gerik dan Gunung Kerunai dengan jelas . 


                 


                     Sepanjang laluan kat atas , takdak pun tempat yang sesuai untuk berhenti sebab laluan agak sempit . Kawasan sini teduh sebab ditutupi oleh pokok pokok kecil atau semak . Dyana rasa kalau orang first time hiking boleh surrender dengan Gunung Kerendong ni . Di sini ada tiga bukit tipu yang hampa akan jumpa sebelum sampai ke puncak . Apa yang perlu buat bila tertipu dengan bukit tipu adalah bersabar 😂    Hiking bermati matian sebab dah nampak puncak bila dah sampai puncak , rupanya tu bukan puncak Gunung Kenderong . fake hope ! sakit kan ? hahahaha .. 


     
                   Jeng jeng jeng ! sampai dah atas puncak yang sebenar . Time ni muka memang buruk habis melekat debu bagai macam orang takbetoi dah . Tapi memang puas hati sebab pemandangan atas ni cantik sangat ❤ Apa yang dyana belajar kalini ialah " bukan mudah untuk berjaya dan bukan susah untuk gagal " Jadi , jangan sesekali berputus asa walau apa dugaan yang menimpa kita . Hidup ni memang diciptakan untuk menghadapi ujian , masing masing ada dugaan nya yang tersendiri yang membezakannya ialah cara kita mengatasi dugaan tersebut . Sentiasa berfikiran positive dan jangan membuat keputusan berdasarkan emosi berfikirlah secara waras dan matang :) 


                

Comments