BUKIT BEREKEH




aik sebelum ni naik gunung kalini bukit ja ? haa ni bukan bukit biasa biasa sakit daripada gunung weh tobat takmau jejak dah ... nak tau apa cerita dia ? sabar ya let me introduce about BUKIT BEREKEH dulu yee .. Bukit Berekeh atau turut dikenali sebagai Bukit Botak mempunyai ketinggian sebanyak 454 meter dan terdapat 5 puncak bukit . Bukit Berekeh memiliki Beriut di puncak tertinggi , terletak di Kampung Bawong Lasah , Sungai Siput , Perak iaitu lokasi yang kurang menjadi tumpuan para pendaki untuk datang tetapi menawarkan view yang cukup cun melecun ! Pemandangan yang menarik dari puncak bukit seolah olah berada di Savana yang dikelilingi oleh rumput rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak memang menunjukkan panorama yang cukup indah 💜


okey trip kalini Dyana pi dengan adik and staff tempat kerja dia yang lain sebab staff perempuan depa dua orang ja . Time ni nakpi tapi segan tu pun jenoh kena paksa dengan mama sebab kesian kat kakak kakak tu . at last Dyana pujuk adik dyana yang perempuan tu join sekali . Yang peliknya dia nakpi sedangkan sebelum ni dia la paling malas nak keluar .. So excited ! 




ni first trip yang Dyana pi hiking malam malam . Rasa excited , takut semua ada . Mula tu pikiaq okey la bukit ja pun . Taktau cerita yang bukit tu ada lima puncak .  Kami bertolak dengan salah sorang kawan adik Dyana . Kawan kerja tu pun dah besar pangkat pakcik dah pun . Kami bertolat pukul 6 petang sebab nak sampai dalam pukul 10 malam .  Sepanjang perjalanan tu dyana dengan adik dyana diam ja sebab takboleh nak masuk lagi dengan depa .  Kami berhenti kat RNR sat untuk solat maghrib and isyak . Lepas solat , makan , kami meneruskan perjalanan ( acehh perjalanan apa orang lain yang drive kami lena ja )


Pukul 10:30 macam tu kami sampai kat Bukit Berekeh . Time ni la depa bagitau yang bukit ni ada lima puncak . Allah time ni pikiaq 10 kali nak naik ka tak . Memandangkan kami nak hiking malam , mestila kena pakai headlamp kan .. 💫 Okey dyana kuatkan balik semangat percaya balik kat diri kata aku boleh naik mesti boleh slow takpa asal sampai 💪



Masing masing bawak beg pack masing masing . Yang lelaki bawakkan khemah dengan peralatan memasak . Kami tanpa berlengah jalan laa slow slow . baru 100 meter jalan dah penat . memang mencanak betul jantung laju ja pam . kaki pun sakit habis . Time ni ada sorang kakak ni cakap " nak turun balik la " yass mental sedang diuji sebab dalam hati ni dok bisik " aku nak turun jugak " Tapi taknak kalah dengan adik adik so paksa jugak buat muka rileks acah badan fit naik jugak .. 


Sampai satu tahap memang pancit teruk taktahan dah nampak lembik pun pasailaa . Dyana suruh depa stop bila sampai ke puncak pertama . Letih ya ampun ! Dalam masa yang sama dari puncak tu kita boleh nampak suasana bawah yang cantik sangat dengan lampu lampu nya subhanallah ❤ Yang peritnya bila kita nampak lagi 4 puncak nak kena hadap 😅 Lepas reset  mindset , kami teruskan pendakian . Salah sorang daripada kami cakap " okay gais bayangkan katil ada atas puncak terakhir ayuh ! " fuh semangat betul hahaha



muka dah barai semput dah haha . Disebabkan semput sangat ada sorang kakak ni bagi gula gula yang mint . dia cakap boleh lancarkan pernafasan so takcepat penat . Okay ni ilmu baru sebab baru taun kalau makan gula gula mint senang nak bernafas . new tips ! Semangat dah datang so kami teruskan berjalan . 


Kami tiga beradik jalan kat depan . Yang adik adik memang berlari dah nak sampai awal nak lena . memang gigih betul . Tiba-tiba..


Comments

  1. nk p diz Saturday...semoge dpermudahkan...aamiin
    TQVM info

    ReplyDelete

Post a Comment