GUNUNG BALING

PUNCAK GUNUNG BALING 

 hi assalamualaikum !!! harini dyana nak cerita pengalaman di GUNUNG BALING pulak . Since dyana dah naik gunung ledang , setakat gunung baling apalah sangat acewahh hahaha.. takdakla act sebelum hiking kat gunung baling , dyana dah start jogging, minum air masak banyak banyak , jaga pemakanan and so on . Kalini dyana pi dengan sepupu nama amirah and dua orang lagi kawan dia , Sham dan Haziq . Haziq drive mai Baling ..  Gunung Baling yang Ketinggian 420m, termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh. So , kami guna laluan pertama tapi masa ni tanah tengah basah sebab malam sebelum kami hike , hujan. So agak mencabar tapi masih boleh handle .. cuma masa yang kami ambik agak panjang sebab kena naik slow slow . Trek kat sini okey ja cuma sebab dia banyak akar akar . so even tanah licin , kami boleh tahan kaki guna akar kat situ. and situ banyak batu yang kena panjat , masuk dalam lubang .. 
Contohnya batu ni , kami kena panjat masuk dalam lubang tu and tolak badan untuk naik ke atas . Sampai kat atas kena pegang tali , teruskan panjat sampai atas . Best laa trek dia sebab takrasa penat sangat asyik kena panjat ja ;) kat GUNUNG BALING ni biasanya hikers selalu buat latihan cukupkan nafas sebelum naik gunung yang lagi mencabar . Contohnya depa akan set masa dan bawa beban yang berat sampai ke puncak .. 





Haziq dah nampak penat dah tuu tapi takmau berhenti mak cover depan kami semua hahaha.. Kakeira (sepupu dyana ) jangan kata la dia memang selalu hiking dah . Stamina dia kuat gila la .. Ramai orang kata kat dia pakai purdah tapi suka buat aktiviti lasak . Bagi dyana , taksalah pun  hang pakai purdah ka tudung labuh ka nak buat aktiviti lasak .. Bukannya buat salah apa bukan buat maksiat ka apa kan . Lagipun Islam pun takdak kata okay yang tudung labuh dok rumah ja diam diam jangan pi mana . huh ! Orang zaman sekarang memang suka judge orang lain salah sendiri takpernah nampak bak kata pepatah , SEMUT DI SEBERANG NAMPAK GAJAH DEPAN MATA TAKNAMPAK (yaka hahaha main hentam ja marah punya pasal ) Tak salah menegur tapi fikir la sebelum tegur sama sama muhasabah diri masing masing. 





Okay back to the topic ya maaf emo sikit ☺ Apa yang bestnya track GUNUNG BALING ni , track dia banyak batu batu kapur . Memang cantik .. Kita boleh nampak macam macam bentuk batu . Best gila laa ! Disebabkan perjalanan kami tak kejar masa , jadi kami boleh la menikmati pandangan sepanjang perjalanan tuu . Aman ja rasa dengar bunyi bunyi dalam hutan . 




Sampai dah puncak yeyy ! Kami bekelah sikit atas tu sebab dyana bawak makanan ringan sikit sikit sambil sembang sembang next trip kehkehkeh . lepas lepak , kami pun turun sebab takmau lewat sangat . panas satgi dari kulit hitam , rentung nampak biji mata ja putih .. hahaha . Masa nak turun tu semangat dah taksama macam naik tadi yala dah lama berehat nak letih balik rasa malas la kan . dalam dok fokus tengok track nak turun tiba tiba kakeira terseliuh jatuh tekejut dengar dia menjerit terus naik balik pi kat dia tapi taktolong . Dyana tolong gelak dulu taktau rasa lawak hahahahhahha hat haziq dengan sham dah gelabah nak tolong tapi taktau macam mana takkan nak pegang kan . Kakeira dok telentang la kat tanah . So habis dah gelak dyana suruh sham dengan haziq turun dulu sebab dyana nak tolong angkat dia . Lepas sapu ubat , balut kaki dia dyana papah dia turun slow slow .Kesian jugak la sebab track tu akar banyak and dia turun macam curam sikit dengan kaki sakit nak tahan akar guna kaki , seksa la jugak .. Alhamdulillah slow slow kami sampai jugak kat bawah . Lepas bersihkan badan , tukar baju kami pun balik .. Pengalaman kali ni yang bestnya dapat kawan baru and sampai sekarang kami still contact each other ;)

Comments