Gunung pertama yang saya daki ialah Gunung Ledang . Gunung Ledang terletak di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Ketinggian gunung itu ialah 1276 meter. Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, awak boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera Indonesia dengan jelas. Bayangkan dengan takpernah hiking , fitness pun takbuat tiba tiba join hiking ke Gunung Ledang π berdasarkan hikers yang berpengalaman , untuk mendaki Gunung Ledang, seseorang itu perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Track gunung ini sangat mencabar . Dyana akan share gambar track nanti ya π Actually yang plan semua ni mama sebab dia ada baca iklan dari group hikers di facebook tapi taktau pun tentang Gunung Ledang . Lepastu mama cakap pegi la ajak sepupu sekali . Itu first time mama bagi keluar jauh pulak tuu memang excited gila laa walaupun takminat hiking tapi excited sebab dapat pegi jauh tanpa kawalan parents hahaha π Jadi kami pun setuju nak join hiking . Dyana pegi dengan seorang sepupu dan adik lelaki dyana . Sehari sebelum nak pegi mula rasa takut ya laa dahla takpernah hiking , takpernah jauh dari parents mestila takut. Rasa nak cancel semua ada tapi fikir balik payment semua dah bankin so redha ja la jadi apa pun kat sana. Nak tahu apa berlaku selepas tu? baca next post saya okay heheπ
Comments
Post a Comment